Perayaan
adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun
kaum.kebiasanya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat
ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang
pernah berlaku pada suatu masa dahulu.Selain itu,perayaan juga akan
disambut berdasarkan agama yang dianuti.
Di
negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di
Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap
tahun.Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu
kaum Melayu,Cina dan India pastinya berpeluang untuk menyambut perayaan
seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina,
Deepavali dan sebagainya.Di samping itu,masyarakat negara ini
mengamalkan amalan berkongsi "perayaan" dan menghormati perayaan kaum
lain.
Tambahan pula,melalui perkongsian perayaan, perpaduan dan
kesepakatan masyarakat di negara kita sedikit sebanyak dapat
diutuhkan.Langkah ini juga menyumbang kepada Malaysia untuk terus
membangun dan menuju kearah maju dan makmur.Sememangnya, Malaysia
merupakan negara yang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan
bangsa.Malaysia bukan setakat sahaja terdiri daripada kaum utama seperti
Melayu,Cina dan India,malahan Malaysia juga diduduki oleh kaum-kaum
minoriti seperti Kadazan, Iban dan sebagainya.
Kami akan
mengecilkan skop kami dan memokus kepada tiga kaum utama di negara ini
iaitu kaum Melayu, Cina dan India.Setiap daripada kaum ini mempunyai
pelbagai keunikan dalam menyambut perayaan masing-masing.Untuk memberi
penjelasan secara lebih terperinci,khasnya kepada pengunjung blog
kami,pihak kami telah menyediakan huraian yang lebih mendalam bagi
setiap perayaan yang disambut oleh ketiga-tiga kaum tersebut.
Kesemua
perayaan di Malaysia disambut bersama-sama tidak mengira bangsa dan
agama.Hal ini kerana wujudnya kesefahaman dan perpaduan yang utuh dalam
masyarakat majmuk di Malaysia.