Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 08, 2011

Pengawal Peribadi Wanita Ghadaffi Turut Dibunuh Kejam Oleh Pemberontak.

Gila ka apa puak-puak pemberontak Libya nie!!Ini gambar  dari blog kawan yang memaparkan pembunuhan kejam pengawal-pengawal peribadi bekas pemimpin Libya nie..Pengawal Peribadi Gaddafi yang dipanggil "The Revolutionary Nuns" atau "Amazonian Guard" yang di aggotai oleh beberapa orang wanita  telah diburu dan dibunuh kejam oleh pemberontak sebelum kematian Gaddafi. Semua wanita ini diburu dan dibunuh oleh askar yang ditugaskan memburu Gaddafi ketika itu. IM tengok gambar-gambar nie agak kesian jugak la dengan nasib depa nie Memang kasihan tengok semua wanita yang hanya menjalankan tugas mereka untuk menjaga keselamatan pemimpin pelik Libya nie....

Menurut sumber yang IM dapat, terdapat tiga mayat telah ditemui. Mayat pertama cuba larikan diri bersama teman lelakinya kemudian  telah ditembak mati. Mayat kedua pula dibelasah sehingga mati oleh penyerang. Mayat yang ketiga nie paling kejam dan tidak berperikemanusiaan dimana wanita nie dirogol beramai-ramai sebelum didera sehingga mati.

 Sungguh kejam perilaku kekejaman nie..Sugguhpun bencikan seorang pemimpin usahlah dibuat kepada orang lain.Ada cara yang lebih bertamadun boleh dilakukan keatas mereka nie jikalaupun mereka disabitkan bersalah.Ini mungkin satu gerakan untuk menghapuskan seluruh keluarga@individu-individu yang berkaitan dengan bekas pemimpin Libya nie....dunia masa kini.....

Gambar Artis Seksi Berkemban di khalayak ramai...











Najib dan Rosmah selesai tunai ibadah haji?.. Mufti Terkejut..














Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.


Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.


Malaysiakini

Ibu berniat bunuh bayi

Bayi ditemui dalam tong sampah



SEREMBAN - Polis menahan seorang wanita Vietnam selepas dipercayai membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan ke dalam sebuah tong sampah di tepi jalan di Apartmen Desa Jati dekat Nilai di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, bayi malang yang dibungkus dengan uniform sebuah kilang dan dimasukkan ke dalam beg plastik ditemui seorang wanita pada pukul 7.30 malam selepas terdengar bunyi seperti anak kucing di sebuah kedai tempat dia bekerja.

"Pekerja wanita itu pada mulanya menyangka bunyi anak kucing tetapi apabila dia menghampiri bunyi itu dia terkejut menjumpai bayi lelaki di dalam sebuah tong sampah di tepi jalan di taman itu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...