Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 10, 2011

Kejam!! Leher Hampir Putus Akibat Ditetak

NGERI...keadaan mangsa yang perutnya terburai manakala lehernya hampir putus.  
 SUNGAI BULOH:  Mayat seorang lelaki berusia 20-an ditemui dalam keadaan isi perut terburai manakala lehernya hampir putus akibat ditetak kira-kira jam 9.40 malam oleh orang awam di Tanah Perkuburan Cina Sungai Buloh, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen ditemui pada mangsa yang masih lengkap berpakaian namun berdasarkan keadaan fizikalnya, dipercayai adalah warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kemungkinan mangsa adalah pekerja di kebun berhampiran tempat kejadian.

''Sehingga ini, polis masih menyiasat motif dan tiada senjata ditemui di tempat kejadian. 'Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan berkenaan,” katanya.


Menurutnya, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat, hari ini.

Beliau menggesa kepada sesiapa yang menyaksikan kejadian dan mempunyai maklumat agar tampil untuk membantu siasatan.

Selain itu, beliau meminta orang awam yang kehilangan ahli keluarga agar datang membuat pengecaman terhadap mayat berkenaan.

Sumber-myMetro

Panas: Ramai Terkejut 'Rosmah' Masih Kekalkan Imej Jambul Tersembul Biar Pun Baru Balik Haji

Thursday, November 10, 2011Ramai yang ternyata terkejut dengan penampilan terbaru Hajjah Rosmah Binti Mansor (foto), isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Hj.Najib Tun Razak, selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji di Mekah baru-baru ini. 

Masing-masing tidak percaya dengan apa yang disaksikan. Ternyata Rosmah masih terus engkar dengan arahan Allah agar wanita Islam "menutup aurat", biar pun dikatakan baru mendapat hidayah apabila melaksanakan tuntutan agama Islam itu. Sepatutnya Rosmah tampil dengan imej yang lebih Islamik dan tidak lagi "terdedah jambul" seperti sediakala. 

Tambahan pula, beliau baru balik dari Tanah Suci. Namun, apa yang berlaku sebaliknya. Rosmah ternyata tidak mahu tunduk dengan larangan Allah yang dituntut dalam agama Islam. Dengan ini, maka terserlahlah kepada rakyat bahawa apa yang dihebahkan semasa mereka mengerjakan haji itu sememangnya "hanyalah untuk mengaburi mata rakyat" semata-mata. 

Segalanya mungkin bertujuan untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Islam bahawa mereka sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Media ditugaskan membuat provokasi besar-besaran aktiviti haji yang dilakukan oleh kedua-duanya. Sikap keterlalun media ini akhirnya menjerat diri apabila banyak persoalan dan adengan yang memualkan berlaku semasa Najib dan Rosmah di Tanah Suci. 

Kawalan ketat ala tentera yang dilakukan seolah-olah mereka berada di zon peperangan jelas sekali menunjukkan ketakutan pemimpin terbabit hatta berada di tempat suci umat Islam itu. 

Dengan penampilan terbaru Rosmah ini juga, maka rakyat berhak membuat kesimpulan bahawa beliau sebenarnya memang tidak mahu berubah dan tetap macam biasa walaupun kini berstatus "Hajjah". Semoga rakyat dapat menilai, apakah ini cara isteri pemimpin Islam yang mahu diagung-agungkan itu agak


Aneh, Rosmah masih kekalkan imej "jambul tersembul" selepas balik haji
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...