Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 09, 2011

Mekah ke Madinah hanya 2 Jam, 3 tahun akan datang






MEKAH – Sebuah keretapi berkelajuan tinggi akan melintasi antara dua kota suci di Arab Saudi iaitu Mekah dan Madinah. Laluan keretapi ini merupakan fasa kedua dari projek laluan keretapi Haramain.

Projek pertama adalah laluan Jeddah-Rabigh. Laluan keretapi berkelajuan tinggi ini menelan belanja 30.8 Billion Riyal.
“Rundingan sudah selesai dengan konsortium Al Shoula. Konsortium ini melibatkan 14 syarikat Arab Saudi dan Sepanyol” kata Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Jabara Al Seraisy seperti dikutip dari ArabNews, Khamis (3/11/2011).
Photobucket
Projek tersebut dijangka akan selesai dalam tiga tahun akan datang. Fasa kedua ini akan meliputi pembangunan pemasangan rel kereta, signal, sistem komunikasi, sistem elektrik, dan mengimport keretapi laju serta penyelenggaraan.
Konsortium bertanggung jawab dalam operasi dan penyelenggeraan trek keretapi ini selama 12 tahun.
Untuk laluan ini akan terdapat 35 keretapi laju dengan 13 gerabak, termasuk gerabak kelas utama dan gerabak restoran. Rel keretapi ini ialah sepanjang 444 kilometer juga akan memiliki fasiliti kesihatan.
Dengan keretapi laju ini, kata Al Seraisy, masa perjalanan Jeddah-Mekah ialah dalam setengah jam dan jarak Madinah-Jedah dua jam. Sekarang ini masa perjalanan dari  Jeddah-Mekah selama satu hingga 1.5 jam, masa perjalanan Mekah-Madinah ialah antara empat sehingga lima jam. Manakala masa perjalanan dari Jeddah-Madinah ialah lebih kurang enam sehingga tujuh jam.
Photobucket

MEKAH – JEDDAH (65 km)
JEDDAH – RABIGH (150 km)
RABIGH – MADINAH (230 km)

Laluan keretapi laju Haramain ini akan memiliki stesyen di Mekah, Madinah, Jeddah, Rabigh, dan King Abdullah Economic City (KAEC), Jeddah.
Photobucket

Pengamal santau dipancung di Arab Saudi (gambar)

Info Minda P.a.P - Sebuah rakaman video pemenggalan kepala muncul di internet. Lelaki yang dipenggal kepalanya di Arab Saudi tersebut adalah seorang warga Sudan yang disebutkan 'tukang sihir'.

Dengan mata ditutup dan kedudukan berdiri dengan lututnya, Abdul Hamid bin Hussain bin al Fakki Moustafa di hukum di sebuah tempat letak kereta di Madinah.

Dilaporkan dari dailymail, rakaman yang terlalu 'kasar' untuk diterbitkan umum itu menunjukkan tebasan pedang dari belakang leher dengan cepat memutuskan kepala lelaki Sudan itu.Undang-undang pancung ini dilaksanakan pada 20 September lalu. Tahun ini Arab Saudi sudah melakukan 44 kali hukuman pancung, dan sudah 11 warga asing yang dijatuhkan hukuman ini.

Sebelumnya, pengacara TV Lubnan, Ali Husain Sibat juga dijatuhi hukuman mati kerana membuat ramalan mengenai masa depan dalam sebuah acara TV nya. Ali Hussain sendiri dijadualkan akan dipenggal pada hari Jumaat.

Abdul Hamid, paranormal berasal dari Sudan yang dipenggal tersebut ditangkap pada tahun 2005 lalu, setelah dia ditangkap oleh Mutawa'in (polis agama) yang menyamar.
Menurut laporan polis, Abdul Hamid adalah menghantar kutukan (santau) dengan dibayar 6000 Riyal Saudi. Akhirnya dalam proses kehakiman di Mahkamah Umum di Madinal pada Mac 2007. Diterjemah dari muslimdaily

Romeng 'Lembaga Hitam'



GOMBAK: Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya.

Malah, rakaman CCTV itu turut membuatkan dia menepuk dahi apabila memaparkan anak perempuannya berusia 16 tahun bercumbuan selepas teman lelakinya berusia 21 tahun menyelinap masuk ke bilik tanpa pengetahuan bapanya, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dilapor memasang CCTV di seluruh rumahnya di Taman Sri Ehsan di sini, selepas bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kerana menyangka rumahnya menjadi sasaran pencuri atau diganggu makhluk halus.

Sumber polis berkata, ini kerana beliau sering ternampak kelibat ‘lembaga hitam’ di kawasan rumahnya terutama ketika lewat malam sejak kira-kira sebulan lalu.


Menurutnya, malam kelmarin ketika menonton televisyen di ruang tamu lelaki itu sekali lagi mengesan kelibat ‘lembaga hitam’ itu melintas di tingkap rumahnya. -HMetro

Nasib baiklah aksi 'romeng' yang dirakam CCTV untuk tontonan bapanya, kalau aksi seterusnya dirakam, teruk lagi padahnya.

Bapa Terkejut Anak Gadisnya 15 Tahun Sakit Perut Kerana Hendak Bersalin


Kuala Lumpur: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya berusia 15 tahun yang mengadu sakit perut ketika menghadiri majlis kenduri saudara di Sungai Petani, Kedah kelmarin sebenarnya sakit hendak bersalin. Gambar fail

Rahsia itu terbongkar apabila doktor yang merawat remaja perempuan berkenaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, mengesahkan sakit perut yang dialami itu kerana hendak melahirkan anak.

Bapa berusia 41 tahun itu hanya menyedari kejadian berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan doktor merawat remaja terbabit menyebabkan dia kebingungan.

Difahamkan, remaja terbabit dan bapanya yang menetap di Selangor, pulang ke kampung halaman sejak seminggu lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.

Menurut sumber, ketika sibuk membantu keluarga menyediakan persiapan majlis berkenaan, remaja terbabit memberitahu bapanya yang dia mengalami sakit perut.

“Bapa itu membawa anaknya ke sebuah klinik swasta berhampiran rumah mereka sebelum dinasihatkan membuat pemeriksaan lanjut di hospital,” katanya.

Sumber berkata, doktor yang merawat remaja terbabit kemudian memaklumkan remaja berkenaan hendak melahirkan anak.

“Terkejut dengan kenyataan doktor itu, bapa terbabit kemudian memaksa anak perempuannya menceritakan kejadian sebenar dan lelaki yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Anaknya kemudian memberitahu pernah menjalin hubungan dengan teman lelakinya hingga terlanjur dan dipercayai berlaku ketika remaja itu tinggal bersama ibunya di Ampang,” katanya.

Katanya, remaja itu selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan.

Difahamkan, bapa dan ibu kepada remaja terbabit sudah bercerai manakala remaja itu baru menetap bersama bapanya sejak tiga bulan lalu.

Sumber berkata, pelajar terbabit dan bayi berkenaan masih berada di HSAH untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, bapanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Muda sebelum kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu. -hm



Kuala Lumpur : Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya berusia 15 tahun yang mengadu sakit perut ketika menghadiri majlis kenduri saudara di Sungai Petani, Kedah kelmarin sebenarnya sakit hendak bersalin. Gambar fail

Rahsia itu terbongkar apabila doktor yang merawat remaja perempuan berkenaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, mengesahkan sakit perut yang dialami itu kerana hendak melahirkan anak.

Bapa berusia 41 tahun itu hanya menyedari kejadian berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan doktor merawat remaja terbabit menyebabkan dia kebingungan.

Difahamkan, remaja terbabit dan bapanya yang menetap di Selangor, pulang ke kampung halaman sejak seminggu lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.

Menurut sumber, ketika sibuk membantu keluarga menyediakan persiapan majlis berkenaan, remaja terbabit memberitahu bapanya yang dia mengalami sakit perut.

“Bapa itu membawa anaknya ke sebuah klinik swasta berhampiran rumah mereka sebelum dinasihatkan membuat pemeriksaan lanjut di hospital,” katanya.

Sumber berkata, doktor yang merawat remaja terbabit kemudian memaklumkan remaja berkenaan hendak melahirkan anak.

“Terkejut dengan kenyataan doktor itu, bapa terbabit kemudian memaksa anak perempuannya menceritakan kejadian sebenar dan lelaki yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Anaknya kemudian memberitahu pernah menjalin hubungan dengan teman lelakinya hingga terlanjur dan dipercayai berlaku ketika remaja itu tinggal bersama ibunya di Ampang,” katanya.

Katanya, remaja itu selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan.

Difahamkan, bapa dan ibu kepada remaja terbabit sudah bercerai manakala remaja itu baru menetap bersama bapanya sejak tiga bulan lalu.

Sumber berkata, pelajar terbabit dan bayi berkenaan masih berada di HSAH untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, bapanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Muda sebelum kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu. -hm

Dosa Dalam Perkahwinan


"Kerajaan Rakyat ! Sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?

Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.

Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita. 

Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.

Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.

Entah berapa banyak "jika" untuk kita senaraikan.

Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak.

Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?

Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.

Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.

Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.

Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:

"Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua."

Ada juga yang berkata:

"Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin."

Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?

Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahterarumahtangga. 

Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan?

Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama?

Itu perlu ditanya pada diri sendiri. Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan?
Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.

"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat."(Imam Hasan al-Banna)

Firman Allah S.W.T:

Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"

Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.
Ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
Aku nikahkan Dikau ......  dengan anak ku ..... 


"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Berat bukan tanggungjawab seorang suami?

Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.

Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang.  Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa. Wallahualam... Kerajaan Rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...