Pages


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 18, 2011

Pemuda Cabul Gadis Dalam Bas Ekspres, Dihalau Turun Oleh Pemandu.


Kajang: Helah seorang lelaki yang pura-pura tidur selepas cuba mencabul seorang pelajar perempuan di dalam bas ekspres gagal apabila dihalau keluar selepas mangsa memaklumkan perbuatan kejinya kepada pemandu bas berkenaan, 11 November lalu. Gambar Fail

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 19 tahun menaiki bas yang dalam perjalanan dari Melaka ke ibu kota dan pada mulanya curiga apabila mendapati tangan penumpang yang duduk di sebelahnya diletakkan berhampiran pinggangnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pada mulanya mangsa menyangka lelaki itu ingin mengambil beg yang diletakkan di sebelahnya tanpa mempedulikan tindakan suspek.

Katanya, sangkaan mangsa meleset apabila suspek tiba-tiba memegang bahu mangsa beberapa minit.

“Suspek yang beranggapan mangsa tidak menyedari perbuatan itu kemudian semakin berani apabila meramas payu dara mangsa menyebabkan mangsa tersentak dengan perbuatan suspek.

“Mangsa yang bengang diperlakukan sedemikian kemudian menoleh mukanya untuk memandang suspek tetapi sebaik ditoleh, suspek berpura-pura tidur,” katanya.

Ab Rashid berkata, mangsa yang tidak berpuas hati kemudian mempersoalkan tindakan suspek yang cuba mencabul kehormatannya.

Bagaimanapun, suspek yang bijak berlakon kemudian pura-pura tersedar dari tidurnya selepas mangsa memanggilnya beberapa kali tetapi menafikan memegang payu dara mangsa.

“Mangsa yang tidak berpuas hati dengan lakonan dan alasan diberikan segera mendapatkan pemandu bas untuk melaporkan kejadian itu.

“Terkejut dengan aduan mangsa, pemandu bas berkenaan memberhentikan basnya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Serdang dan mengarahkan suspek keluar dari bas berkenaan,” katanya.

Sebelum suspek beredar, pemandu berkenaan sempat mengambil butiran peribadi suspek untuk diberikan kepada pihak berkuasa. Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut. Suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. -hm

[Bergambar] Amuk Di Dungun: 2 Cedera, 6 Kenderaan Rosak


Dungun: Dua lelaki cedera manakala cermin enam kenderaan rosak dalam satu kejadian amuk membabitkan seorang lelaki bersenjatakan sebatang cangkul pendek berhampiran Kampung Balai Besar di sini pagi ini.

Gambar: Orang ramai membantu pihak polis menangkap seorang lelaki yang mengamuk dipercayai mempunyai masalah kewangan dan rumahtangga di Kampung Balai Besar di sini

Dalam kejadian 11 pagi itu, cermin tingkap Surau Ustaz Daud Balai Besar turut pecah akibat dihentak dengan cangkul oleh lelaki berusia 30-an itu.

Sebelum itu, lelaki terbabit difahamkan mengamuk dan merosakkan harta benda di rumahnya di Kampung Paya selain memecahkan cermin depan lori miliknya sebelum menaiki motosikal dan membawa sebatang cangkul pendek ke jalan Balai Besar.

Sampai di sana, lelaki terbabit yang hanya berseluar pendek tanpa memakai baju bertindak memecah cermin belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah Honda Civic yang pemiliknya sedang minum di sebuah warung berhampiran.

Suspek yang dipercayai mengalami tekanan akibat masalah kewangan dan rumahtangga kemudian memecahkan pula cermin depan dua lori milik Majlis Perbandaran Dungun di tepi jalan terbabit.

Difahamkan selepas itu, lelaki yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu jengkaut itu menghayunkan cangkul yang dipegangnya ke arah seorang penunggang motosikal menyebabkan mangsa terjatuh ketika cuba mengelak.

Mangsa, Mohd Fairul Hizar Ruszelan, 23, yang bekerja sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan Sura, berkata dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya apabila secara tiba-tiba suspek muncul dan melibaskan cangkul ke arah mukanya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Paya Besar, Mohd Zukkifli Yaman (kanan) memujuk seorang lelaki yang mengamuk dipercayai mempunyai masalah kewangan dan rumahtangga di Kampung Balai Besar di sini.

"Saya sempat mengelak dengan menunduk kepala namun saya hilang kawalan menyebabkan saya terjatuh sebelum sebuah lagi motosikal melanggar dari arah belakang kerana tidak sempat mengelak," katanya.

Dalam keadaan ketakutan dan panik itu, dia sempat melihat lelaki itu menerpa ke arahnya dan seorang lagi penunggang motosikal yang terjatuh.

Mohd Fairul berkata, dalam keadaan kesakitan akibat kecederaan di sebelah kiri tangan dan kaki setelah terjatuh, dia segera mengangkat pemuda yang melanggar motosikalnya itu dan melarikan diri kerana bimbang dicederakan lelaki itu.

Suspek kemudian pergi ke Surau Ustaz Daud dan mandi di dalam kolah di surau berkenaan sebelum bertindak memecahkan tingkap surau terbabit dan cermin sebuah Perodua Viva yang diletakkan di situ.

Drama amuk itu reda seketika apabila Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Paya, Zulkifli Yaman, 49, bertindak memujuk suspek yang disifatkan sebagai antara orang yang baik dan tidak pernah menimbulkan masalah sebelum ini.

Suasana itu menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan itu menyebabkkan keadan agak sesak dengan kehadiran ramai orang ingin melihat lebih dekat kejadian itu sebelum polis tiba.

Setelah hampir setengah jam, suspek meminta agar isteri, anak dan ibunya dipanggil untuk diambil gambar oleh wartawan supaya masalah hidupnya dapat disiarkan.

Orang ramai bergotong-royong membersihkan cermin Surau Ustaz Daud yang dipecahkan oleh lelaki yang mengamuk.

Dia juga meminta agar dibelikan air sirap dan mengkehendaki isterinya sendiri menghantar air itu.

Namun selepas terlihat kelibat isterinya, suspek tiba-tiba bertindak agresif dan memecahkan bungkusan air sirap berkenaan sebelum mencekak leher Zulkifli serta cuba menghayun cangkul ke arahnya.

Melihat keadaan itu, sepasukan anggota polis berpakaian preman dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun yang sudah bersedia di tempat kejadian menerpa ke arah suspek dan menahannya dengan bantuan orang ramai.

Setelah pergelutan berlaku hampir tiga minit, suspek yang berbadan agak gempal berjaya ditahan dan digari sebelum dibawa menaiki kereta peronda untuk dibawa ke IPD Dungun.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, berkata pemuda terbabit kemudiannya dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...